Salam semua....harap2 semua sihat la hari ni...Alhamdulillah,hari saya dapat tamatkan kursus kawin sambungan dari yang semalam...hari nie takde penat macam semalam..lagipun hati seronok sebab dah dapat sijil...(lesen kawin tu tau...!)
oklah,nak dipendekkan cerite,(tak boleh tulis byk hari nie,penatt.!!!!!!!!),masa sessi terakhir tadi diadakan bengkel untuk peserta2 kursus..kami dibahagikan kepada 6 kumpulan...saya tersenarai dalam kumpulan satu...kumpulan saya ni ade seramai 26 orang peserta termasuk la tunang saya sendiri...ohh,bertuah sungguh...maklumlah,semenjak bertunang 4 bulan yang lalu,inilah kali pertama saya tengok tunang saya sendiri..nak kata macamane,kami bertunang tanpa mengenali antara satu sama lain...(semuanya urusan Ibubapa)...alhamdulillah la hari ni dapat tengok dia secara live..walaupun kami tak sempat bercakap sepatah kata pun,tapi hati saya rasa gembira sangat dipertemukan dalam keaadan camni...(kira nak bercinta lepas kawin nnt la...hehehehe.....)
alamak,panjang lebar la pulak citer pasal tunang.....ok,nak sambung citer masa bengkel tadi.. baiklah,datang la Ustaz kumpulan kami dengan tersenyum sambil bertanya:"semua nak kawin ker ni.?".....jawab diantara kami"mestilah......" Ustaz tadi duduk sambil melihat kami semua...dia tersenyum lagi...lalu berkata"baiklah,kalau macam tu saya nak tanya kamu semua beberapa soalan......"hah...!sudah la kali ni...bisik salah seorang peserta...lain nampak air muka sahabat kita nie...
Ustaz : hah...kamu...(sambil memegang bahu pemuda disebelahnya),sila bagitau saya berapakah rukun islam?
Pemuda : saya tidak tau la Ustaz......(sambil sipu2 malu..)
Ustaz : kamu tak belajar ke perkara ni dulu..?
pemuda : saya belajar dulu tapi sekarang dah lupa la ustaz...
aduhai....sedih betul dengar jawapan macam tu dari seorang pemuda Islam...tapi ape boleh buat,itu je yang mampu dijawab..saya tak kata pemuda tadi teruk,tapi pelik la...susah nak fikir dan susah nak cakap la...pembaca semua boleh fikir sendiri la..mengucap panjang ustaz tadi...
kemudian ustaz tadi tanya pulak pada seorang gadis cantik,pakaian pulak ala2 mak datin gitu..mungkin dalam lingkungan usia 25 tahun....
Ustaz : awak pulak cuba sebutkan salah seorang nama malaikat..
Gadis : kito dok tau la Ustaz..(kita tak tau la ustaz..(dalam delek bahasa kelantan)
Ustaz : cuba la sebut..satu je nama malaikat...
Gadis : meme kito dok ingat seket pung..(memang kita tak ingat sikit pun)
Ustaz : MasyaAllah...(sambil geleng kepala) macamane kamu nak kawin ni...?tiang asas kamu ni tak berape kukuh la....
itulah yang dapat ustaz tadi katakan bila dengar jawapan dari pemuda dan gadis tadi...ustaz tadi tak mahu lagi tanya soalan2 yang lebih berat dari tu...akhirnya sesi soal jawab yang sepatutnya menjadi sesi kelas fardu ain...panjang lebar la jadi ceramahnya...
itulah yang terjadi siang tadi...muda2 lagi nak kawin,tapi banyak perkara asas yang tidak tau...saya bukan la pandai sangat,tapi kalau perkara asas tu,saya rasa budak tadika atau pelajar sekolah rendah pun tau agaknyer...
sebagai muslim,kita kena rasa sedih dengan perkara macam ni..sebagai saudara seagama,saya suka ingatkan lah kepada remaja2 kat luar sana,bina la asas yang kukuh dulu sebelum membina rumahtangga..perkahwinan bukan la perkara main2 untuk seronok,tetapi perkara yang serius.. ia juga adalah sebahagian sunnah rasul..jadi belajarlah ilmu agama untuk kebaikan dan kebahagian kita nanti..
ampun maaf dipinta andainya bicara saya ni terlalu over...kalau orang baca,mesti kata saya ni pandai kritik jer...tapi percayalah,bukan itu niat saya..saya cuma mahu menolong sesama insan..saya juga minta dinasihati atau ditegur oleh anda semua..oklah,wasalaM.
Saturday, May 10, 2008
Lupa rukun Agama Sendiri
Posted by baihaqiTI at 5:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment